Ramadan 2019
Ramadan 2019
Ramadan 2019 akan bermula pada hari Isnin, 6 Mei 2019
(menurut Arab Saudi) dan berakhir pada hari Selasa, 4hb Jun 2019. Aidilfitri
jatuh pada hari Rabu, 5hb Jun 2019. Ini adalah tarikh tidak muktamad kerana
tarikh sebenar bergantung kepada penglihatan anak bulan pada bulan Ramadan
2019, iaitu bulan ke 9 dalam kalendar Islam (Hijrah 1440). Panjang bulan
tersebut berbeza di antara 20 dan 30 hari bergantung kepada penglihatan bulan
Syawal yang membawa kepada perayaan yang ditunggu-tunggu iaitu Aidilfitri yang
jatuh pada 1 Syawal.
Lihat Kalendar Ramadan 2019
Isi Kandungan:
- Sejarah
dan Kewajipan
- Amalan-amalan
Ramadan dan Keberkatan
- Bagaimana
Hendak Berpuasa?
- Sahur
- Berbuka
Puasa
- Membaca
al-Quran
- Lailat ul Qadr
- Solat malam (Tarawih)
- Zakat
- Itikaf
Sejarah dan Kewajipan
Ramadan (juga dikenali sebagai Ramzan, Ramadhan, atau
Ramathan), yang ditunaikan oleh umat Islam, adalah salah satu daripada Rukun
Islam. Perkataan itu sendiri datang daripada kata akar bahasa Arab “ramida”
yang secara kasarnya diterjemahkan sebagai “Panas Terik”. Berpuasa dijadikan
kewajipan ke atas umat Islam dewasa pada Tahun Kedua Hijrah (Perpindahan dari
Mekah ke Madinah oleh umat Islam). Mereka yang terkecuali daripada berpuasa
adalah mereka yang mengembara, berusia, hamil, pesakit kencing manis, sakit
kronik, haid atau sedang menyusukan anak. Ramai kanak-kanak berusaha untuk
melengkapkan sebanyak mana puasa yang boleh; sebagai amalan untuk kehidupan
seterusnya.
Amalan-amalan Ramadan dan Keberkatan
Ramadan, bulan ke-9 dalam kaendar Hijrah, dianggap sebagai
satu daripada bulan-bulan suci dalam Islam yang paling diberkati. Umat Islam
berpuasa pada bulan ini, melakukan ibadah dan berzikir kepada Allah (SWT)
secara maksimum. Kemuncak bulan Ramadan adalah perayaan Aidilfitri sebagai
tanda terima kasih kepada Allah (SWT). Umat Islam menyambut perayaan dengan semangat
keagamaan. Bulan ini penuh dengan sambutan dan perayaan kerana umat Islam asyik
dengan membaca al-Quran dan doa; menggunakan masa maksimum berzikir. Umat Islam
berpuasa sepanjang bulan kerana ia mengajar mereka erti sebenar ketabahan dan toleransi.
Semasa bulan ini, umat Islam tidak sepatutnya menahan diri daripada makan dan
minum pada masa yang telah ditetapkan tapi mereka juga diminta untuk mengawal
semua emosi negatif seperti marah dan membuktikan diri mereka adalah umat Islam
yang sempurna. Tambahan pula, al-Quran juga dilengkapkan dalam bulan Ramadan
dan ini meningkatkan kesucian bulan itu sendiri.
Bagaimana Hendak Berpuasa?
Puasa
dilakukan oleh umat Islam dari terbit fajar, waktunya berbeza di setiap daerah.
Pada masa ini, mereka menahan diri daripada makan, minum, menghisap rokok dan terlibat
dalam hubungan seksual. Pada bulan Ramadhan, umat Islam berusaha
bersungguh-sungguh untuk menahan diri daripada sebarang kelakuan berdosa
seperti menipu, memaki dan bercakap yang salah. Makanan yang dimakan sebelum
terbit matahari dipanggil sahur, sementara yang dimakan selepas matahari
terbenam pula dikenali sebagai buka puasa atau iftar. Pada masa ini, umat Islam
mudah berbelanja dengan murah hati untuk menyediakan makanan kepada seluruh
masyarakat (terutamanya yang miskin). Ganjaran semua kebaikan meningkat semasa
bulan Ramadan, sama ada bersolat atau bersedekah. Hadis ini menerangkan fakta
yang diberi:
“Apabila
Ramadan tiba, pintu-pintu Syurga terbuka dan pintu-pintu neraka terkunci dan syaitan
diikat.” (Sahih al-Bukhari 1899).
Sahur
Setiap hari, sebelum subuh, umat Islam makan sebelum
berpuasa. Ia dipanggil sahur. Selepas berhenti seketika sebelum subuh, umat
Islam menunaikan solat Subuh iaitu solat yang pertama bagi hari itu. Sahur
adalah sangat penting semasa Ramadan memandangkan ia adalah apa yang menjadikan
tubuh dapat melakukan dengan baik sepanjang hari, dan harus dirancang dengan
berhati-hati kerana ia membantu anda untuk kekal sihat.
Iftar / buka puasa
Semasa matahari terbenam, umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa bagi menamatkan puasa mereka. Sebaik sahaja selepas mendengar azan Maghrib, mereka membaca doa berbuka puasa bagi memohon rezeki daripada Allah (SWT). Kurma adalah makanan pertama yang biasanya dimakan untuk berbuka puasa kerana Nabi Muhammad (SAW) berbuka puasa dengan tiga kurma, menurut beberapa hadis. Periksa artikel kami mengenai kebaikan kurma .
Perjumpaan sangat kerap dilakukan semasa berbuka puasa
ketika Ramadan. Hidangan tradisional selalu disajikan, termasuk pencuci mulut
tradisional, dan secara khususnya yang dibuat hanya semasa Ramadan.
Doa untuk berbuka puasa
Membaca al-Quran
Pada bulan mulia ini, umat Islam digalakkan untuk membaca
al-Quran sebanyak yang boleh. Ramadan adalah bulan untuk mengingati keberkatan
terbesar ini dan sumber bimbingan manusia yang diberikan. Tarawih adalah satu
daripada langkah umat Islam menghabiskan bacaan kitab suci al-Quran, yang mana
diadakan di masjid selepas solat Isyak, sebelum menunaikan witir. Ia adalah
Mustahab (satu tindakan yang berpahala, tapi meninggalkannya tidaklah berdosa)
bagi umat Islam untuk membaca keseluruhan al-Quran semasa Ramadan dan berusaha
untuk melengkapkannya, tapi ia tidak wajib. Sesetenagh umat Islam melakukannya
dengan menghabiskan 1 juz setiap hari selama 30 hari dalam bulan Ramadan.
Berikut adalah koleksi ayat-ayat al-Quran mengenai Ramadan.
Lailat ul Qadr
Lailatul
Qadr, yang juga dipanggil Malam Penentuan adalah satu daripada malam yang
paling didambakan dalam tahun Islam. Ia adalah satu daripada sepuluh malam
ganjil pada bulan Ramadan dan dipenuhi dengan keberkatan. Amalan mulia yang
dilakukan pada satu malam adalah bersamaan dengan yang dilakukan lebih seribu
bulan. Ia menyenangkan Allah (SWT) untuk menlihat umat Islam berpuasa pada
bulan itu. Bulan ibadah ini berakhir dengan perayaan umat Islam iaitu
Aidilfitri. Pelajari bagaimana menentukan tarikh Lailatul Qadr.
Solat Malam (Tarawih)
Tarawih
adalah solat sunat yang dilakukan oleh sesetengah umat Islam pada malam selepas
solat Isyak dalam bulan Ramadan. Ia
adalah solat yang tidak wajib tapi masih paling penting.
Zakat
Zakat adalah salah satu Rukun Islam, dan bersedekah menjadi
lebih penting semasa Ramadan. Ia adalah cara untuk menyucikan harta anda demi
Allah (SWT) dan dibayar ke atas aset yang dimiliki selama setahun. Zakat yang
terkumpul diperlukan untuk diberikan kepada orang miskin dan yang sepatutnya.
Anda boleh mengira zakat tahun ini dengan menggunakan Kalkulator Zakat Islamic
Finder. Pada bulan Ramadan, semua amal kebaikan diberikan pahala lebih daripada
bulan-bulan lain pada tahun itu. Inilah sebabnya mengapa ramai orang memilih
memberikan zakat (sedekah) kepada orang miskin pada bulan ini.
Berikut adalah cara-cara untuk bersedekah di bulan Ramadan.
Itikaf
Iktikaf bermaksud mengasingkan diri di dalam masjid atau di
rumah dengan niat hanya untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah (SWT). Ia
adalah Sunat Muakkad (sunnah yang digesa untuk dilakukan) untuk duduk
beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan. Seseorang boleh melaksanakan iktikaf
selepas matahari terbenam pada hari ke-20 Ramadan, dan mengakhirinya apabila
anak bulan Aidilfitri kelihatan. Sunnah kekal sama jika bulan Ramadan adalah 29
atau 30 hari.
Berikut adalah semua yang anda perlu tahu mengenai iktikaf di bulan Ramadan.
Contact Us
