Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Haji 2024

46 Baki hari

Bilakah Haji 2024? 

Ibadah Haji 2024 akan bermula dari petang Jumaat, 14 Jun, 2024 dan akan berterusan sehingga petang Rabu, 19 Jun 2024. Ini adalah tarikh sementara memandangkan tarikhnya yang sebenar bergantung pada penampakan bulan Zulhijjah 1445, iaitu bulan ke 12 dan yang terakhir di dalam Kalendar Islam.



Apakah Haji? 


Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

(Surah Al-Baqarah 2:196) 

 

Hajj (حَجّ‎) ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud ‘Sasaran’ atau ‘Destinasi’ atau ‘Tujuan’. Haji adalah perjalanan utama ke Rumah Allah (Kaabah).

 

Haji adalah satu daripada lima rukun Islam. Haji merupakan tugas setiap orang dewasa, yang waras, dan Muslim merdeka yang mampu menunaikannya sekali seumur hidup. Seorang yang berkemampuan adalah seseorang yang mampu melakukan perjalanan tersebut dari segi kewangan dan kesihatan.

 

 

Kewajipan Haji dijelaskan menerusi Hadis berikut: 

'Nabi (S.A.W.) berkata kepada para sahabat: “Wahai manusia, Allah telah menjadikan Haji wajib kepadamu; maka tunaikanlah Haji.”'

(Sahih Muslim: 1337) 

 

Ibadah Haji dilakukan di antara hari ke-8 dan ke-13 pada bulan Zulhijjah.



Kebaikan Haji: 

Haji melibatkan perjalanan dan ia memerlukan usaha yang lebih banyak berbanding ibadah-ibadah yang lain. Ini adalah sebabnya mengapa Allah telah menjadikan Haji wajib kepada hamba-hambaNya untuk menunaikannya sekali dalam seumur hidup dengan syarat seseorang itu mestilah mampu dari segi kewangan dan fizikal. Terdapat banyak kebaikan Haji dan sebahagiannya adalah seperti berikut (menurut Hadis): 

 



1- Haji adalah satu daripada Lima Rukun Islam: 

Pesuruh Allah (S.A.W.) bersabda: 

Islam adalah berdasarkan kepada lima (rukun) dan menunaikan Haji adalah satu daripadanya.”

(Sahih Bukhari: 8) 

 

Memandangkan Haji adalah satu daripada rukun Islam, fakta ini sahaja cukup untuk menentukan kepentingannya dan menunjukkan betapa Allah menyukainya. 

  



2- Semua dosa masa lalu akan diampunkan:         

 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (R.A.), Nabi (S.A.W.) bersabda: 

Barangsiapa yang menunaikan Haji untuk mendapatkan redha Allah dan tidak melakukan hubungan intim dengan isterinya, dan tidak melakukan kejahatan atau dosa, maka dia akan kembali (selepas Haji dalam keadaan diampunkan dosa-dosanya) seolah-olah bayi yang baru dilahirkan.”

(Sahih Bukhari: 1521) 

 

Menurut Hadis ini, jika Haji ditunaikan mengikut Sunnah dan dilakukan hanya untuk mendapatkan redha Allah, maka Allah akan mensucikan semua dosa dan mereka yang menunaikan haji akan bersih daripada dosa seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.  


 


3- Syurga adalah ganjarannya: 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (R.A.) Nabi (S.A.W.) bersabda: 

"Dan ganjaran Haji Mabrur (haji yang diterima Allah) tiada lain melainkan Syurga."

(Sahih Bukhari: 1773) 

 

Hadis ini jelas menyatakan bahawa jika Haji ditunaikan dengan niat yang betul dan menurut Sunnah, maka Allah pasti akan menerima Haji tersebut dan ganjaran bagi Haji yang diterima Allah tiada lain melainkan Jannah (Syurga). 


 


4- Jemaah Haji adalah tetamu Allah: 

Dalam Islam, tetamu dilayan dengan penuh hormat, kasih-sayang dan maruah. Fakta ini juga dijelaskan menerusi Hadis berikut: 

Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan Hari Kiamat, dia harus melayan tetamunya dengan murah hati.”

(Sahih Bukhari: 6135) 

 

Dalam hadis ini, Nabi (S.A.W.) telah memberi panduan kepada kita bagaimana kita harus melayan tetamu kita. Bayangkan pula bagaimana tetamu yang akan dilayan oleh Allah sebagai tuan rumah, Pencipta Seluruh Alam.   

 

Hadis berikut menunjukkan dengan jelas yang Jemaah Haji dan Umrah adalah tetamu Allah. 

Jemaah yang menunaikan Haji dan Umrah adalah delegasi bagi Allah. Jika mereka memanggilNya, Dia akan menyahut panggilan mereka; Jika mereka memohon keampunan, Allah akan mengampunkan mereka.”

(Ibn Majah: 2892) 

 

Oleh itu, tunaikanlah Haji dan jadilah tetamu Allah serta minta kepadaNya apa sahaja yang anda mahu di dunia dan akhirat.  


 


5- Untuk Wanita, Haji sama dengan Jihad: 

Diriwayatkan oleh Aisha (R.A.) 

Saya berkata, "Wahai Pesuruh Allah (S.A.W.)! Kami menganggap Jiad sebagai amalan terbaik." Nabi (S.A.W.) bersabda, "Jihad terbaik (kepada wanita) adalah Haji Mabrur."’

(Sahih Bukhari: 1520) 

 

Menurut Hadis, Haji adalah jihad terbaik kepada wanita (kerana wanita tidak perlu untuk turut serta secara aktif dalam pertempuran).



Bagaimana Haji Dilakukan? 

Haji bermula pada hari ke-8 Zulhijjah dan berakhir pada hari ke-13 pada bulan Islam yang sama. Banyak amalan yang dilakukan semasa Haji dan ini ditunaikan sepanjang 5 hari. Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam dari serata dunia menyertai ibadah Haji di kota Mekah, Arab Saudi.

 

 

Haji yang lengkap terdiri daripada banyak amalan termasuk jenis Haji, Asas (Faraidh), Kewajiban (Wajibaat) dan Sunnah Haji, memakai Ihram, apa yang kita harus lakukan setiap hari semasa Haji dll.  Semua langkah-langkah ini tidak boleh dijelaskan sepenuhnya dalam satu artikel pendek. Maka, kami jemput anda untuk melawat laman ‘Bagaimana Haji Dilakukan – Panduan Selangkah Demi Selangkah’ kami untuk mengetahui semuanya mengenai Haji. 

 

Sila KLIK DI SINI untuk Panduan Haji yang lengkap 



AidilAdha: 

Pada 10 Zulhijjah, AidilAdha disambut. Ia adalah hari di mana umat Islam menyembelih haiwan, lazimnya biri-biri, kambing, lembu atau unta; bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim (A.S.). Nabi Ibrahim (A.S.) berniat untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail (A.S.) atas arahan Allah, tetapi Allah telah menggantikan Nabi Ismail (A.S.) dengan seekor biri-biri semasa Nabi Ibrahim (A.S.) baru sahaja hendak melakukan pengorbanan. Ini adalah perbuatan penyerahan iman oleh Nabi Ibrahim (RA) yang merupakan bahagian penting Haji memandangkan ia menandakan kepercayaan dan penyerahan penuh kepada kehendak Allah Yang Maha Besar. Melontar dinding Syaitan (Jamarat) adalah peringatan keimanan yang harus dimiliki seseorang kepada Allah, sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim (A.S.) dan Nabi Ismael (A.S.).



Kesimpulan: 

Selepas melengkapkan ibadah Haji, ramai orang pergi ke Masjid Nabi (Masjid-e-Nabawi) di Madinah, tetapi ingat satu perkara bahawa ini adalah pilihan dan bukan sebahagian daripada Haji / Umrah.

 

Haji bukan sahaja menghapuskan dosa-dosa kita tetapi juga memberikan kita satu peluang untuk bersatu dengan saudara-saudara Muslim kita dari seluruh dunia.

 

 

Semoga Allah menerima Haji semua saudara-saudara Muslim kita dan menganugerahkan mereka ganjaran paling hebat. Semoga Allah juga memberikan kita peluang untuk menunaikan ibadah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita.

 

Ameen

 

 

Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.