Ashura 2024 – 10hb Muharram 2024
Ashura 2024 – 10hb Muharram 2024
Bilakah Ashura 2024
Hari Ashura atau 10 Muharam 2024 masing-masing dijangka akan jatuh pada 16 atau 17 Julai 2024 (10hb Muharam). Walaupun begitu, tarikh tepat Ashura 2024 bergantung pada lokasi anda dan penampakan bulan Muharam 1445.
Bulan Muharram
Muharam bukan sahaja bulan pertama dalam Kalendar Islam tetapi juga dipanggil ‘Bulan Allah’ dan puasa sunat (Nafil) ketika bulan ini disebut sebagai yang terbaik selepas bulan Ramadan. Ini dijelaskan menerusi Hadis Sahih yang berikut:
"‘Pesuruh Allah (S.A.W.) bersabda: “Puasa terbaik selepas bulan Ramadan adalah semasa bulan Allah, Al-Muharram.”’
(An-Nasai: 1613)
Selain itu, Muharam adalah salah satu daripada empat bulan haram dalam tahun Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya, jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketentuan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram.”
Empat bulan yang dinyatakan di dalam ayat tersebut ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Ini jelas menerusi sabda Nabi (S.A.W.) ketika khutbah Haji baginda:
“Tahunnya adalah dua belas bulan, yang mana empat bulannya adalah haram: Tiga bulan mengikut turutan tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam, dan (yang keempat ialah) Rejab.”
Inilah sebabnya mengapa Muharam ialah salah satu bulan haram dan kata-kata Nabi (S.A.W.) ini telah mengesahkan kesuciannya.
Pelajari lebih lanjut mengenai “Bulan Muharram”
Hari Ashura
Ashura diraikan pada hari ke-sepuluh Muharam dan merupakan hari yang paling suci di antara semua harinya.
Sebahagian orang mengaitkan kesucian hari ini dengan kematian Husain Ibn Ali (R.A.) tetapi kesucian 'Hari Ashura' tidak boleh dianggap berpunca daripada peristiwa ini sahaja kerana kesucian hari ini sudah ada sejak zaman Nabi (S.A.W.), iaitu jauh lebih awal daripada lahirnya Husain Ibn Ali (R.A.). Syahidnya Husain Ibn Ali (R.A.) adalah satu daripada episod paling tragik dalam sejarah kita dan ia merupakan satu kelebihan Husain (R.A.). Peristiwa sedih di Karbala ini berlaku pada hari Ashura kerana Allah memilih hari-hari penting untuk peristiwa-peristiwa besar.
Berpuasa Ashura
Amalan berpuasa pada hari Ashura diketahui sebelum wujudnya Islam. Apabila Nabi (S.A.W.) tiba di Madinah semasa berhijrah, kaum Yahudi berpuasa pada hari Ashura dan mereka berkata:
"Ini adalah hari ketika Musa mengalahkan Firaun,"
Oleh itu, Nabi (S.A.W.) bersabda kepada para Sahabat (R.A.):
"Kamu (Muslim) lebih berhak menyambut kejayaan Musa daripada mereka, oleh itu berpuasalah pada hari ini."
Apabila para Sahabat (R.A.) yang lain memberitahu Nabi (S.A.W.) bahawa berpuasa pada hari Ashura diagungkan di kalangan kaum Yahudi dan Kristian, maka Nabi (S.A.W.) menggalakkan mereka dengan bersabda:
“Jika aku hidup sehingga tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari ke-sembilan (Muharam) juga.”
Malangnya, Nabi (S.A.W.) wafat sebelum sempat bertemu tahun berikutnya. Oleh itu, umat Islam menganggap hari ke-9 dan ke-10 Muharam sebagai hari-hari penting di dalam kalendar Islam dan berpuasa pada hari-hari tersebut. [Sahih Muslim: 1134 (a)]
Berikutan Hadis tersebut, adalah lebih digalakkan, tetapi tidak wajib, untuk berpuasa pada 10hb Muharam dan harus disatukan dengan puasa lain iaitu sebaiknya pada 9hb Muharam. Ini kerana Nabi Muhammad (S.A.W.) hendak membezakan cara umat Islam berpuasa dengan cara kaum Yahudi memandangkan mereka hanya berpuasa pada 10hb Muharram. Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama bersetuju yang berpuasa pada hari Ashura haruslah digabungkan dengan berpuasa pada 9hb atau 11hb Muharam.
Sebelum itu, adalah diwajibkan untuk berpuasa pada 10hb Muharam. Namun kemudian, berpuasa dijadikan wajib pada bulan Ramadan sahaja dan berpuasa pada 10hb Muharam dijadikan sunat. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ayesha (R.A.) bahawa Nabi (S.A.W.) bersabda:
“Barangsiapa hendak berpuasa (pada hari ‘Ashura’) boleh melakukannya; dan barangsiapa hendak meninggalkannya boleh melakukannya.”
Walau bagaimanapun Nabi (S.A.W.) berpuasa pada hari Ashura walaupun selepas diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.
Semasa Ibn Abbas (R.A.) ditanya mengenai berpuasa pada hari Ashura, beliau bersabda:
“Aku tidak tahu bahwa Pesuruh Allah (S.A.W.) memilih sebarang hari untuk berpuasa dan menganggapnya lebih baik daripada yang lain, kecuali hari ini (hari Ashura) dan bulan ini, maksudnya bulan Ramadan.”
[Sahih Muslim: 1132 (a)]
Jadi, berpuasa pada hari ’Ashura' adalah Sunnah yang sah oleh Nabi (S.A.W) dan melayakkan seseorang untuk mendapat ganjaran hebat dari Allah.
Menurut Hadis Sahih, salah satu daripada rahmat Allah kepada seseorang yang berpuasa pada Hari Ashura adalah dosa-dosa masa lalunya akan diampunkan.
Diriwayatkan oleh Abu Qatada (R.A.) bahawa Nabi (S.A.W.) bersabda:
“Berpuasa pada hari ‘Ashura’, aku harap, akan menebus dosa-dosa tahun sebelumnya.”
Hadis ini dengan jelas menyebut kata-kata Nabi (S.A.W) sebagai “aku harap” yang mana bermaksud bahawa seseorang haruslah berpuasa sepenuh hati dengan niat kerana Allah sahaja. Carilah ganjaran daripada Allah dan InsyaAllah, Allah Maha Besar akan memberikan ganjaran kepadanya dengan menghapuskan dosa-dosa tahun sebelumnya.
Salah tanggapan mengenai Ashura
Perbincangan di atas tanpa ragu menunjukkan bahawa penting dan baiknya hari Ashura memandangkan ia adalah hari yang dirahmati Allah dan ia merupakan sunnah yang disahkan untuk berpuasa pada hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa salah tanggapan mengenai hari Ashura yang mana berjaya memasuki minda sebahagian umat Islam. Beberapa salah tanggapan biasa dan kepercayaan karut adalah:
1- Nabi Adam (A.S.) dicipta oleh Allah pada hari ini.
2- Nabi Ibrahim (A.S.) dilahirkan pada 10hb Muharam.
3- Taubat Nabi Adam’s (A.S.) diterima oleh Allah pada hari ini.
4- Hari Pengadilan akan berlaku pada hari Jumaat, 10hb Muharam.
5- Barangsiapa yang mandi pada 10hb Muharam tidak akan jatuh sakit.
6- Barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari ini tidak akan menderita daripada sebarang penyakit mata.
7- Sebahagian orang mengatakan bahawa ia adalah Sunnah untuk menyediakan sejenis hidangan tertentu pada hari ini dan kemudian mengedarkannya.
8- Ramai umat Islam tidak berkahwin (Nikah) semasa bulan Muharam kerana mereka fikir yang ia adalah bulan malang.
Tiada yang diriwayatkan di dalam sebarang Hadis Sahih oleh Nabi (S.A.W.) atau dari para Sahabat (R.A.) mengenai sebarang peristiwa yang disebut di atas. Malah, tiada mana-mana daripada empat Imam menggalakkan atau mengesyorkan perkara sebegitu. Tiada seorang ulama pun yang meriwayatkan apa-apa yang seperti itu juga. Oleh itu, ini semua hanyalah mitos semata-mata dan tiada kaitan dengan Islam atau Shariah. Jadi, semua ini mestilah dielakkan dan tidak harus diikuti oleh mana-mana umat Islam.
Selain itu, menurut Sahih Muslim: 1163(a) dan Tirmidhi: 438, Muharam ialah bulan Allah. Jadi, bagaimana boleh bulan Allah menjadi bulan yang jahat dan malang kepada hamba-hambaNya. Maka, jauhkanlah diri anda dariada semua pembohongan ini dan cubalah untuk meletakkan diri anda pada jalan yang lurus, iaitu jalan Nabi (S.A.W.) kesayangan kita dan para Sahabat (R.A.).
Kesimpulan
Sebagaimana dinyatakan di atas, berpuasa pada hari Ashura adalah sunnah sah Nabi (S.A.W.) kesayangan kita dan seseorang seharusnya tidak lupa bahawa Muharam ialah bulan Allah.
Dengan berpuasa pada hari Ashura dan melakukan amal kebajikan, kita menghidupkan semula salah satu Sunnah Nabi (S.A.W) dan barangsiapa menghidupkan Sunnah Nabi (S.A.W.), dia akan bersama-sama dengan Nabi (S.A.W.) di dalam syurga menurut Hadis berikut, yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik (R.A.) bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) bersabda:
“Barangsiapa menghidupkan Sunnahku maka dia menyayangiku. Dan dia akan bersama-samaku di dalam Syurga.'"
Kuatkanlah juga hubungan anda dengan Allah menerusi Zikir dan Doa dan bantulah umat Islam yang lain. Allah memberi ganjaran pada setiap amalan kebaikan.
Semoga Allah membantu menguatkan iman kita dan juga menerima amal kebaikan seluruh umat Islam.
AMEEN
Sila lawati laman IslamicFinder mengenai “Muharram 2024”
Contact Us
